WEEK 6

Tarikh: 19 Oktober 2018
Aktiviti: Sayuran (Penanaman)
Tempat: Kebun Sayur

Pengenalan

    Selepas aktiviti pembahagian tapak, penyediaan tapak dan penyediaan batas dilakukan mengikut kumpulan berlangsung padu minggu 5 kini kaedah penanaman sayur diteruskan pada minggu ini.
Aktiviti seterusnya merupakan aktiviti sungkupan, pemilihan biji benih, dan penyemaian biji benih.

1.0  Sungkupan

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun pelepah dan kompos. Bagi tugasan kami minggu in kami dikehendaki untuk menggunakan jerami sebagai bahan sungkupan. Oleh itu, jerami yang secukupnya disediakan oleh pihak TPU untuk setiap kumpulan. Lapisan sungkupan mestilah tidak terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.



Jerami yang digunakan sebagai sungkupan.



Batas-batas yang telah diletakkan sungkupan bagi mengelakkan pertumbuhan rumpai.

2.0  Pemilihan Biji Benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna  dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Benih yang digunakan adalah benih kangkung, benih sawi, benih bayam hijau dan bayam merah.

3.0  Penyemaian Biji Benih

Kaedah yang penyemaian yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis benih yang digunakan. Kami menggunakan kaedah penyemaian :

3.1  Semaian Terus ke Batas Tetap (bayam)
·       Kaedah Alur- buat alur yang cetek dengan jarak yang tertentu dengan menggunakkan alat pembuat alur bagi memudahkan urusan mengukur jarak tanaman.
·       Biji benih yang halus akan digaulkan degan pasir dan ditabur kan menerusi alur tersebut dan ditimbuskan sedikit dengan tanah.
·       Beri perlindungan (sungkpan jerami) dan air

3.2  Semaian Terus Biji Benih Besar (kangkung)
·       Semaian terus secraa tetap pada jarak yang tertentu.
·       Tanaman sebiji atau dua biji selubang



Bayam hijau


Bayam integrated merah hijau


Bayam merah


Kangkung

No comments:

Post a Comment