Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Penerangan Aktiviti Amali yang Dijalankan
3. Carta Alir Gerak Kerja
4. Aktiviti Amali yang Dilakukan Sepanjang Projek Jagung
5. Hasil Tuaian
6. Penyakit yang Menyerang Pokok Jagung
7. Jadual Ringkasan Aktiviti Sepanjang Tanaman Projek Jagung
8. Kesimpulan
1) Pengenalan
1. Pengenalan
2. Penerangan Aktiviti Amali yang Dijalankan
3. Carta Alir Gerak Kerja
4. Aktiviti Amali yang Dilakukan Sepanjang Projek Jagung
5. Hasil Tuaian
6. Penyakit yang Menyerang Pokok Jagung
7. Jadual Ringkasan Aktiviti Sepanjang Tanaman Projek Jagung
8. Kesimpulan
1) Pengenalan
Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijian dari keluarga rumput-rumputan. Berasal dari Amerika yang tersebar ke Asia dan Afrika melalui kegiatan orang-orang Eropah ke Amerika. Orang Portugal telah menyebarluaskannya ke Asia pada sekitar abad ke-16. Tanaman Jagung ini dinamakan mais oleh orang Belanda dan corn oleh orang Inggeris. Nama saintifiknya adalah Zea mays dari keluarga Gramineae. Varieti jagung yang kami gunakan dalam projek jagung ini adalah 'Thai Supersweet' iaitu varieti jagung manis.
2) Penerangan Aktiviti Amali Yang Dijalankan:
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap ahli dalam kumpulan akan memperoleh satu batas untuk projek tanaman jagung. Jarak tanaman antara batas dengan batas adalah 75 sm dan jarak tanaman antara benih dengan benih adalah 30 sentimeter (75 sm x 30 sm). Setiap pelajar dibekalkan dengan benih jagung. Gambarannya adalah seperti rajah di bawah:
3) Carta Alir Gerak Kerja:
Semua pelajar menyemai benih jagung di batas masing-masing. Setiap lubang disemai 2 biji benih sebagai persediaan seandainya satu biji benih yang disemai tidak tumbuh.
⏬
Penanaman dilakukan di lereng batas untuk mengelakkan air daripada bertakung di atas batas memandangkan musim hujan pada waktu penanaman. Jarak antara tanaman pada satu batas adalah 30sm seperti yang ditaklimatkan.
⏬
Sebelum tanaman dibaja,aktiviti menggemburkan tanah dilakukan untuk memudahkan proses pembajaan. Tanaman dibaja dengan NPK Hijau selepas 2 minggu selepas semaian. Baja diletakkan di antara 2 pokok. Hanya 30 gram baja diperlukan antara setiap pokok. Penyiraman dilakukan selepas pembajaan.
⏬
Aktiviti merumpai dan penjarangan dilakukan.Pokok yang tumbuh lebih daripada satu batang pada satu lubang akan dicabut.Tetapi, sekiranya tidak dicabut pada ketika ini (2 minggu selepas semaian) juga tidak mengapa. Hal ini kerana, sekiranya satu batang pokok mati selepas proses membuat ‘mounting‘ , satu batang pokok lagi masih hidup dan boleh dijadikan gantian kepada pokok yang mati tadi.
⏬
‘Mounting‘ dilakukan untuk memastikan semua pokok berada di atas batas bagi memudahkan proses penjagaan pokok.
⏬
Selepas 2 minggu daripada pembajaan menggunakan baja NPK Hijau, kini, tanaman perlu dibaja dengan menggunakan NPK Biru.Kaedah pembajaan sama seperti NPK Hijau,tetapi, jumlah baja antara setiap pokok untuk NPK Biru adalah 40 gram.
Tanah digemburkan bagi memudahkan aktiviti pembajaan.
Keadaan pokok-pokok jagung ketika hampir untuk penuaian
4) Aktiviti Amali yang Dilakukan Sepanjang Projek Jagung:
Sewaktu pembahagian batas dan penanaman biji benih.
Penjarangan pokok dilakukan.
Pembajaan kali pertama [30g/pokok]
Tanah digemburkan bagi memudahkan aktiviti pembajaan.
‘Mounting‘ dilakukan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan.
Pembajaan kali kedua dilakukan [40g/pokok]
‘Mounting’ ditinggikan supaya akar pokok akan mencengkam tanah dengan lebih kuat.
Keadaan pokok-pokok jagung ketika hampir untuk penuaian
Selepas 72 hari selepas semaian dan penanaman benih, jagung-jagung sudah boleh dituai.
5) Hasil Tuaian.
Aktiviti amali yang dijalankan:
Menuai jagung mengikut pokok yang ditanam dan dijaga oleh pelajar.
- Tiada sebarang alatan digunakan bagi proses penuaian. Pelajar menggunakan tangan mereka sahaja bagi mematahkan jagung daripada pokok.
- Pelajar perlu berhati-hati agar pokok tidak patah kerana pokok perlu disimpan sehingga 170 hari bagi ia kering untuk jadi benih balik.
- Usia yang disyorkan bagi pungutan hasil untuk jagung manis perlulah dilakukan diantara 68-72 hari selepas menanam untuk yang rebus dan 90-100 hari bagi yang biji benih.
- Untuk kelas ini, jagung yang ditanam ialah jenis hybrid iaitu Taiwan Supersweet dan pungutan hasil ini dilakukan selepas 71 hari semenjak ia ditanam pada 28 September 2018.
- Jagung manis mula berbunga diantara 42-48 hari selepas ditanam.
- Hasil yang yang diperolehi berbeza bagi setiap pelajar.
- Antara puncanya ialah masa untuk pokok pelajar berbunga adalah berbeza disebabkan ada yang berbunga sangat lambat dan ada yang cepat disebabkan oleh teknik dan disiplin pelajar dalam menjaga pokok jagung.
- Ada juga disebabkan oleh batas runtuh yang menyebabkan pokok agung mereka dibanjiri dan melambatkan proses kematangan pokok.
- Kotoran yang ada pada permukaan jagung dibersihkan
- Bahagian lamina iaitu daun jagung yang menutupi jagung itu dibuka sedikit di bahagian tengah sebagai strategi pemasaran.
- Bahagian atas dan bawah jagung dipotong bagi menyamakan saiz jagung agar nampak lebih kemas untuk dijual.
- Jagung yang telah disamakan saiz dibungkus dalam beg plastik.
- Setiap beg plastik mengadungi 5 hingga 6 ketul jagung berdasarkan saiz dan berat jagung.
- Jagung yang telah dibungkus diserahkan kepada petugas untuk dijual kepada staf TPU.
- Pelajar juga diberikan kebenaran untuk mengambil beberapa ketul jagung yang telah dituai oleh mereka.
- Jagung-jagung yang tidak boleh dijual disebabkan tidak mengikut standard yang ditetapkan seperti saiznya kurang atau belum cukup matang juga diberikan kepada pelajar.
- Sebuah pembakar barbeque bagi membuat jamuan bakar jagung yang disediakan oleh pihak TPU.
- Jagung-jagung itu kemudiannya dibakar untuk dinikmati oleh pelajar setelah semua aktiviti penuaian selesai.
Carta alir gerak amali:
Gambar aktiviti amali yang dijalankan:
Memotong bahagian atas dan bawah bagi menyamakan saiz jagung.
Jagung-jagung yang baru dituai dikumpulkan.
Jagung bakar semasa jamuan.
Bahagian tengah lamina daun jagung dibuka bagi menarik perhatian pembeli.
Proses pembungkusan jagung yang telah siap.
Jagung diukur bagi proses menyamakan saiz.
Gambaran jagung yang baru dituai.
6) Penyakit Jagung.
Terdapat pelbagai jenis penyakit tanaman jagung. Namun, penyakit reput batang yang disebabkan oleh bakteria yang menyebabkan batang menjadi kekuningan dan reput banyak menyerang jagung-jagung yang ditanam. Penyakit ini menyerangkan tanaman jagung kami akibat musim hujan. Selain itu, akar tanaman jagung juga berlendir kerana diserang oleh bakteria. Cara untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan membuang atau memotong pokok jagung yang terkena penyakit ini.
Bahagian akar pokok jagung yang diserang bakteria, berlendir dan mula mereput.
Batang pokok jagung menjadi kuning, lembik dan daun bertukar menjadi warna perang.
7) Jadual Ringkasan Aktiviti Sepanjang Tanaman Projek Jagung.
Kesimpulannya, kami amat berterima kasih kepada pihak ladang yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang aktiviti dijalankan bermula dengan biji benih ditaman, waktu pembajaan, pembatasan sehinggalah penuaian jagung yang membolehkan kami menganjurkan aktiviti barbeku jagung.
Kami mendapat menimba pengalaman dan ilmu yang berharga melalui projek jagung ini kerana kami belajar bagaimana untuk membahagikan masa untuk kelas dan juga bagaimana untuk mengurus masa untuk menjaga tanaman. Tidak dapat dinafikan untuk menjaga sesuatu tanaman itu memerlukan disiplin dan tanggungjawab diri yang tinggi. Melalui projek ini juga, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan bahkan dengan ahli kumpulan yang lain juga diperlukan untuk sama-sama bantu-membantu antara satu sama lain.
Akhir sekali, kami berharap dengan ilmu dan pengalaman yang telah kami perolehi ini projek tanaman jagung dapat diteruskan pada masa akan datang. Ianya merupakan satu cabaran dan juga pengalaman yang sangat berharga buat kami.
No comments:
Post a Comment