WEEK 5


Tarikh amali: 12 Oktober 2018
Amali: Umbisi
Tempat: Kebun sayur TPU
Penunjuk ajar:
Dr.Martini Mohammad Yusoff
Hj.Abdul Ghaffar Othman
Helmi Azro Md.Hassan
Kamarul Zaidi Abd Ghani
Nor Aishah Ismail
Mohd.Faiz Mohd.Shapie
Hafidah Yaakop
Saiyyidina Hamzah Muhammad
Khairul Aslim Abd. Rauf

Pengenalan

Pada minggu kelima, pelajar diajar mengenai tanamam umbisi. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, umbisi bermaksud sejenis batang yang beebentuk seperti bebawang, yang dilapisi kulit tipis dan tumbuh secara menegak dibawah tanah. Tanaman umbisi ini lebih senang ditanam dan susah diserang penyakit. Antara contoh tumbuhan umbisi adalah ubi kayu (Manihot esculenta), ubi keledek (Ipomea batatas), keladi (Colocasia esculenta) dan banyak lagi. Ubi kayu mempunyai dua jenis iaitu jenis manis dan pahit. Perbezaan bagi kedua-dua jenis ini adalah daripada warna daun, jenis daun dan batangnya. Keladi juga mempunyai dua kumpulan iaitu keladi jenis “eddoe” yang berubi kecil dan dikelilingi dengan ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya manakala bagi keladi jenis “dasheen” ialah ubi yang bersaiz agak besar.

Penerangan

Tanaman umbisi yang dilakukan oleh pelajar bagi amali untuk minggu kelima ialah tanaman ubi kayu dan keladi. Ubi kayu boleh ditanam pada pelbagai jenis tanah seperti tanah gambut, tanah liat pantai dan tanah liat laterit manakala bagi keladi, tumbuhan ini memerlukan kawasan tanah gambut cetek, tanah gembur dan tanah liat gembur. Kedua-dua tanaman umbisi ditanam pada kawasan yang mempunyai saliran yang baik serta pH tanah optima iaitu 5.5 hingga 6.5 bagi keladi dan 6.0 hingga 7.5 bagi ubi kayu. Proses membajak dan menggembur penting bagi memudahkan persediaan tanah untuk penanaman umbisi. Ubi kayu ditanam menggunakan keratan batang ubi kayu yang telah dipotong mengikut kesesuaian panjang yang diinginkan manakala bagi tanaman keladi, anak pokok telah semai didalam polibeg sehingga mencapai umur 2 bulan.



Carta Alir Gerak Kerja Amali








Kesimpulan

     Kesimpulan daripada amali tanaman umbisi ini pelajar dapat mengetahui bahawa tanaman jenis ini adalah tanaman yang mudah untuk ditanam dan tidak memerlukan jagaan rapi seperti tanaman lain. Tanaman umbisi seperti ubi kayu dan keladi merupakan tanaman yang mengandungi karbohidrat dan zat galian yang tinggi serta penanamannya juga boleh dilakukan pada pelbagai jenis tanah yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, penanaman umbisi amatlah digalakkan bagi membantu pengeluaran makanan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment