WEEK 4


Tarikh: 5 Oktober 2018
Amali: Buah-Buahan (Pembiakan)
Tempat: Pusat Jualan @ Putra Mart

Pengenalan

    Terdapat banyak cara pembiakan buah-buahan. Antaranya ialah kaedah pembiakan tut, cantuman baji dan cantuman mata tunas.

Kaedah pembiakan tut adalah satu kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan iaitu batang akan digunakan sebagai asas untuk pembiakan. Antara alatan yang akan digunakan untuk pembiakan ini ialah pisau cantuman, gunting pemangkas, tali, plastik pembungkus, hormon pengakaran dan media tanaman (JIFFY 7)/tut.

Cara-caranya:
1. Pilih ranting/dahan yang sesuai, bersihkan ranting/dahan tersebut seperti membuang      daun-daun sekitarnya
2. Buat kelaran pertama di bawah mata tunas dan kelaran dengan panjang 1-1.5 inci.
3. Kupas kulit dam kikis kambium (lendir) sehingga kering.
4. Sapu hormon penggalak akar pada kelaran yang pertama.
5. Ikat plastik lut sinar dan lekapkan media pengakaran pada kelaran yang pertama.
6. Balut dan ikat dengan kemas tut tersebut.




Cantuman baji merupakan satu kaedah cantuman bahagian pucuk pokok baka kepada pokok penanti. Kaedah cantuman ini banyak dilakukan pada pokok mangga, manggis dan dokong.

Cara-caranya :
1. Potong bahagian pucuk pokok penanti.
2. Belah di tengah-tengah sedalam satu sentimeter.
3. Piih pucuk mata tunas yang sama saiz dengan pokok penanti dan mempunyai sekurang-kurangnya      dua hingga tiga mata tunas. Daun pucuk tadi dipotong separuh dan ditinggalkan dua hingga tiga          helai daun sahaja.
4. Pangkal ranting pucuk dipotong tajam seperti baji dan potongan hendaklah sama paras dan licin.
5. Cantumkan keduanya dan ikat cantuman tersebut dengan kemas.
6. Balut pokok tersebut dengan kemas.




Cantuman mata tunas ialah satu lagi kaedah pembiakan yang mana bahagian tampang iaitu mata tunas pokok baka diambil dan dicantumkan dengan bahagian pokok penanti. Ianya mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapaksemaian pokok buah-buahan. Antara peralatan yang digunakan ialah pisai cantuman, pita cantuman dan matatunas dari pokok yang telah dipilih.

Cara-caranya :
1. Pilih mata tunas yang subur.
2. Buat kelaran disekeliling mata tunas yang ingin diambil
3. Buang kulit pada pokok penanti dan buat satu kelaran tidak putus untuk meletakkan kepingan mata
    tunas (saiz hendaklah sama dengan kepingan mata tunas).
4. Cungkil mata tunas dengan cermat.
5. Letak mata tunas pada pokok penanti tadi dan balut cantuman tersebut menggunakan plastik.
6. Ikat dengan kemas.

 

 


No comments:

Post a Comment