Tarikh : 28 September 2018
Amali : Hidroponik (Salad Hijau dan Sawi)
Tempat : Ladang Fertigasi, UPM
Penunjuk ajar :
- Abdull Ghaffar Othman / Roslin Ismail
- Maininah Tahir
- Kamarul Zaidi Abd Ghani
- Robi Saad
- Zaliza Mahat
- Nor Aishah Ismail
- Hafidah Yaakop
Pengenalan
Hidroponik merupakan suatu kaedah penanaman yang tidak menggunakan tanah sebagai medium sebaliknya menggunakan media berasaskan baja. Penanaman secara hidroponik ini dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersial.
Objektif
- Bersih, suci dan selamat - tidak dapat penyakit dari tanah
- Meningkatkan hasil tanaman - tempoh yang singkat untuk dapatkan hasil
- Menjimatkan kos - tidak menggunakan mesin dan buruh, kos yang kecil
- Mudah untuk dikendalikan
- Mesra alam
- Menambahkan jangka hayat tanaman - boleh digunakan berkali-kali
- Mengawal serangga
- Menjimatkan ruang - vertical farming
Secara amnya, jenis tanaman hidroponik ini sesuai untuk sayuran hijau, pokok hiasan dan sayuran berbuah. Terdapat dua teknik dalam penanaman hidroponik:
- Teknik takungan
- tidak memerlukan aliran air
- medianya terletak dalam box mengikut kuantiti baja yang ditetapkan
- Teknik palong
- memerlukan aliran air
- menggunakan pam air untuk akuarium
Pembajaan
Satu formulasi baja yang lengkap yang mengandungi 14 jenis unsur nutrien: nitrogen, fosforus, kalium, sulfat, magnesium, mangan, ferum, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum, dan natrium. Unsur seperti oksigen, karbon dan hidrogen diperoleh daripada udara. Unsur-unsur ini mestilah dilarutkan dengan sebati agar setiap pokok mendapat baja yang seragam. Kepekatan stok atau baja ini adalah berbeza mengikut tanaman dan boleh diukur menggunakan EC meter.
- Stok A: 2 jenis unsur (kaslium itrat dan zat ferum)
- Stok B: 9 jenis unsur
*Kedua stok ini tidak boleh dicampur serentak
*Takungan 18 liter
*Larutan: Stok A + Stok B(keduanya diambil dalam jumlah yang sama)
Pemilihan tempat
- Green house/glass house untuk mengelak serangan serangga
- Kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari
- Kawasan yang terlindung daripada hujan - untuk mengelak daripada berlakunya perubahan larutan baja dalam media(semakin cair)
1. Penyediaan barang dan alatan tanaman (box,pasu plastik kecil, penutup box)
2. Box disusun dengan rapat dan diisi dengan air sehingga paras yang mencukupi. Kedudukan box diletak dalam kedudukan sekata.
3. Stok A dan stok B dilarutkan ke dalam media secara berasingan dan gaul sehingga sebati
Stok A |
Stok B |
Media dikacau sehingga sebati |
4. Media disukat menggunakan EC meter hingga ke bacaan 1.6 ppm(tambah air atau stok mengikut keperluan)
Demonstrasi sukatan menggunakan EC meter |
5. Anak pokok sawi dan pokok salad diambil dari kotak semaian dan dimasukkan ke dalam pasu kecil dengan elok
*Pastikan akar pokok tidak dikacau atau bertindih semasa beralih ke box
Pemilihan anak pokok yang terbaik |
Pemindahan anak pokok |
Peralihan anak pokok ke box hidroponik |
Salad (hari 1) |
6. Media dikacau agar sebati
Salad (hari ke-7)
|
Glasshouse |
Serangan ulat (hari ke-22) |
Sawi (hari ke-22) |
Tanaman secara hidroponik ini mempunyai banyak manfaat kepada sektor pertanian selain menyediakan alternatif bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan tanah seperti kekurangan kawasan tanaman dan penyakit daripada tanah. Tanaman hidroponik juga sesuai untuk kawasan dalam bandar dan mampu mengeluarkan hasil yang lumayan. Meskipun begitu, tidak semua tanaman sesuai dengan cara ini.
No comments:
Post a Comment