Tarikh: 7 Disember 2018
Amali: Penyediaan Tanah Sawah
Tempat: Ladang 10b
Penunjuk Ajar:
1. Abdul
Ghaffar Othman/ Roslin Ismail
2. Kamarul
Zaidi Abd Ghani
3. Firdaus
Kardi
4. Noor
Khamarul Rieza Mohd. Lokman
5. Nor
Baizura Md Yusof
6. Ruziyana
Arsad
7. Siti
Nadhirah Dasar
8. Nur
Syafiza Musa
1.0 Pengenalan
Padi boleh dikelaskan dengan beberapa cara
seperti mengikut
asal-usulnya seperti Japonica, Indica dan Javanica. Selain daripada itu
terdapat juga cara pengelasan berdasarkan kepada jangkamasa matang iaitu
daripada menanam hingga mengutip hasilnya.
2.0 Penyediaan Tanah Sawah
Penyediaan tanah
sawah dilakukan sementara menunggu anak benih berada di tapak semaian membesar.
Di antara tujuan penyediaan tanah sawah ialah:-
- Untuk mengawal rumpai.
- Untuk mendapatkan tanah yang gembur dan berlumpur.
- Untuk membentuk lapisan keras (‘hard pan’) di bahagian bawah tanah.
- Untuk mencampurkan bahan organan ke dalam tanah untuk meninggikan kesuburannya.
3.1 Penyediaan Tanah
Sawah Dengan Menggunakan Mesin
1) Air dimasukkan ke
dalam sawah 3-7 hari sebelum tanah dibajak.
2) Pembajakan
biasanya menggunakan jentera dua roda
dan dilakukan bersama kerja meratakan
tanah.
3)
Pembajakan dilakukan dua kali dengan selang masa 7-10 hari daripada pembajakan
pertama.
3.2
Penyediaan Tanah Sawah Secara Manual
1)
Penyediaan tanah sawah secara manual adalah dengan menggunakan tangan
ataupun cangkul untuk mencabut rumpai.
Pelajar menggunakan tangan untuk mencabut rumpai
Pelajar menggunakan cangkul untuk mencabut
rumpai
4.0
Kesimpulan
Penyediaan
tanah sawah amatlah penting sebelum menanam anak pokok padi atau menabur bijih
benih di petak sawah padi kerana untuk:-
- Membaiki tekstur tanah.
- Untuk menambah pengudaraan.
- Memusnahkan rumpai dan makhluk perosak.
- Menambah bahan organik dan nutrien ke dalam tanah
No comments:
Post a Comment