Amali: Penuaian Jagung
Tempat: Kebun Sayur
Penunjuk ajar:
- Abdull Ghaffar Othman / Roslin Ismail
- Maininah Tahir
- Kamarul Zaidi Abd Ghani
- Robi Saad
- Zaliza Mahat
- Nor Aishah Ismail
- Hafidah Yaakop
Pengenalan:
Amali ini bertujuan untuk mengajar pelajar tentang teknik dan prosedur penuaian jagung yang betul dan efektif. Selain itu, amali ini juga bagi mengajar pelajar proses yang perlu dilakukan setelah jagung dituai. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diajar bagi mengurangkan jumlah tongkol jagung yang rosak setelah dituai sambil dapat mengekalkan kualiti jagung itu sendiri.
Aktiviti amali yang dijalankan:
Menuai jagung mengikut pokok yang ditanam dan dijaga oleh pelajar.
- Tiada sebarang alatan digunakan bagi proses penuaian. Pelajar menggunakan tangan mereka sahaja bagi mematahkan jagung daripada pokok.
- Pelajar perlu berhati-hati agar pokok tidak patah kerana pokok perlu disimpan sehingga 170 hari bagi ia kering untuk jadi benih balik.
- Usia yang disyorkan bagi pungutan hasil untuk jagung manis perlulah dilakukan diantara 68-72 hari selepas menanam untuk yang rebus dan 90-100 hari bagi yang biji benih.
- Untuk kelas ini, jagung yang ditanam ialah jenis hybrid iaitu Taiwan Supersweet dan pungutan hasil ini dilakukan selepas 71 hari semenjak ia ditanam pada 28 September 2018.
- Jagung manis mula berbunga diantara 42-48 hari selepas ditanam.
- Hasil yang yang diperolehi berbeza bagi setiap pelajar.
- Antara puncanya ialah masa untuk pokok pelajar berbunga adalah berbeza disebabkan ada yang berbunga sangat lambat dan ada yang cepat disebabkan oleh teknik dan disiplin pelajar dalam menjaga pokok jagung.
- Ada juga disebabkan oleh batas runtuh yang menyebabkan pokok agung mereka dibanjiri dan melambatkan proses kematangan pokok.
- Kotoran yang ada pada permukaan jagung dibersihkan
- Bahagian lamina iaitu daun jagung yang menutupi jagung itu dibuka sedikit di bahagian tengah sebagai strategi pemasaran.
- Bahagian atas dan bawah jagung dipotong bagi menyamakan saiz jagung agar nampak lebih kemas untuk dijual.
- Jagung yang telah disamakan saiz dibungkus dalam beg plastik.
- Setiap beg plastik mengadungi 5 hingga 6 ketul jagung berdasarkan saiz dan berat jagung.
- Jagung yang telah dibungkus diserahkan kepada petugas untuk dijual kepada staf TPU.
- Pelajar juga diberikan kebenaran untuk mengambil beberapa ketul jagung yang telah dituai oleh mereka.
- Jagung-jagung yang tidak boleh dijual disebabkan tidak mengikut standard yang ditetapkan seperti saiznya kurang atau belum cukup matang juga diberikan kepada pelajar.
- Sebuah pembakar barbeque bagi membuat jamuan bakar jagung yang disediakan oleh pihak TPU.
- Jagung-jagung itu kemudiannya dibakar untuk dinikmati oleh pelajar setelah semua aktiviti penuaian selesai.
Carta alir gerak amali:
Gambar aktiviti amali yang dijalankan:
Memotong bahagian atas dan bawah bagi menyamakan saiz jagung.
Jagung-jagung yang baru dituai dikumpulkan.
Jagung bakar semasa jamuan.
Bahagian tengah lamina daun jagung dibuka bagi menarik perhatian pembeli.
Proses pembungkusan jagung yang telah siap.
Jagung diukur bagi proses menyamakan saiz.
Gambaran jagung yang baru dituai.
Kesimpulannya:
Secara keseluruhannya, banyak ilmu yang baru dipelajari melalui amali kami harini. Selain mengetahui cara untuk mengendali penuaian jagung, kami juga diajar cara untuk memasarkan produk jagung ini kepada pembeli. Secara tidak langsung kami juga mendapat sedikit ilmu tentang strategi pemasaran dalam amali ini. Oleh itu, kita mestilah mengetahui teknik yang betul agar dapat mengekalkan kualiti jagung yang dituai, selain kita dapat mengetahui cara-cara yang betul bagi mempromosikan produk jagung di pasaran.
No comments:
Post a Comment