WEEK 10


Tarikh: 23 November 2018
Amali: Padi (Semaian tikar dan semaian basah)
Tempat: Ladang 10B

Penunjuk ajar:

      1.     Abdul Ghaffar Othman/ Roslin Ismail
2.     Kamarul Zaidi Abd Ghani
3.     Firdaus Kardi
4.     Noor Khamarul Rieza Mohd. Lokman
5.     Nor Baizura Md Yusof
6.     Ruziyana Arsad
7.     Siti Nadhirah Dasar
8.     Nur Syafiza Musa

Pengenalan

          Taman padi atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Oryza sativa dari keluarga Graminae (poaceae) merupakan  sumber makanan yang terbesar dan makanan ruji bagi penduduk di negara Malaysia. Padi boleh dikelaskan dengan beberapa cara seperti mengikut asal usulnya iaitu Japonica, Javanica, dan Indica. Terdapat dua jenis semaian iaitu semaian basah dan semaian kering (tikar).

Carta Alir Gerak Kerja Amali

      1.     10g baja organic (jitu) ditabur di dalam dulang.


     2.     300gm sekam padi bakar (arang) di isi ke dalam dulang.


     3.     Siram sekam basah (basahkan)


      4.     250gm benih pra cambah ditabur sekata.


      5.     50gm sekam padi bakar (arang) ditabur menutupi benih padi.


      6.     Siram


       7.     Dulang disusun 5 tingkat . dibiarkan (peram) selama 48 jam disiram dengan air setiap 24 jam.



      8.     Pada hari ke 3 atau 4 hampar semaian dengan cahaya 70%


     9.     Hari ke 5 pindahkan ke sawah.



     10.     Proses penjagaan
     11.     Hari ke 17-20 proses penanaman.

Kesimpulan

  Padi sawah dan padi Huma merupakan antara jenis padi yang ditanam di Malaysia. Namun, sumbangan terhadap negara dalam menghasilkan pengeluaran yang tinggi menyebabkan padi sawah adalah komoditi yang banyak ditanam di Malaysia. Pelbagai kaedah penyelidikan dan pembangunan dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan bekalan beras kepada pengguna mencukupi, bermutu, dan boleh didapati pada harga yang stabil. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan salah satu badan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemajuan industri padi dan beras serta industri berasaskan padi dan beras. Hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun bagi menghasilkan benih padi bermutu, hasil padi yang tinggi dan lebih resisten terhadap penyakit dan perosak merupakan antara kejayaan oleh agensi kerajaan khususnya MARDI ialah padi sawah yang ditanam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment