WEEK 9

Tarikh: 9 November 2018
Aktiviti: Cendawan
Tempat: Rumah cendawan, Kompleks Agroteknologi

Pengenalan

    Terdapat kira-kira 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu cendawan tiram kelabu, tiram putih, abalon, shitake, telinga kera, jerami padi, dan butang. Di rumah cendawan yang telah kami kunjungi untuk subjek tanaman ladang ini menghasilkan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya adalah Pleurotus sajor-caju.

    Cendawan boleh ditanam pada sisa pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, kayu berangan, kayu oak dan akasia, jerami padi, sekam padi dan tandan kosong kelapa sawit. Di rumah cendawan, kompleks agroteknologi kami menggunakan bahan kapur pertanian, habuk kayu getah dan dedak padi.

Cara-cara untuk membuat acuan media tanaman.

Membuat acuan media tanaman bagi cendawan adalah kapur pertanian, habuk kayu dan dedak padi.


1) Memasukkan bahan-bahan ke dalam tong yang telah disediakan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.


2) Kemudian, ketiga-tiga bahan tersebut digaul dengan rata sebelum memasukkan air kedalam acuan tersebut. 


3) Sejumlah air dimasukkan kedalam acuan tersebut supaya ianya menjadi lembap dimana ianya sesuai untuk pertumbuhan cendawan.


4) Setelah sebati, acuan tersebut akan disalurkan ke mesin pembungkusan bagi media tanaman bagi cendawan tersebut.

Pembungkusan

Bahan-bahan tersebut diisi ke dalam beg plastik polyproplene ('pp') berukuran 30sm x 10 x 10sm. Isi beg dipadatkan dengan acuan bahan-bahan tersebut. Selepas dipadatkan penapis pengudaraan dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup serta span.


Bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik 'pp' akan dipadatkan terlebih dahulu.


Setelah dipadatkan, penapis pengudaraan dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup serta span.


Akhir sekali, media tanaman cendawan telah siap dibungkuskan dan bersedia untuk proses seterusnya.

Pengukusan

Pengukusan terhadap beg-beg 'pp' yang telah siap dibungkus akan dikukus selama 4 hingga 6 jam dengan suhu 95 degree celcius hingga 100 degree celcius. Selepas itu, proses penyejukan akan mengambil masa selama 2 malam (48jam) pada suhu bilik iaitu 25 degree celcius hingga 30 degree celcius.

Menyuntik benih

Semasa penyuntikkan benih banyak aspek kebersihan yang perlu dititikberatkan. Antaranya, kebersihan diri dan pakaian, kebersihan bilik suntikan, pastikan tiada habuk atau kotoran dan sembur bilik dengan larutan basmi kuman. 


Benih yang digunakan.

Penyakit dan musuh yang menyerang media cendawan


Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan adalah tikus, lalat (Drosophila), lipas, hama dan nematod. Kulat-kulat yang biasa menyerang ialah Aspergillus, Trichodema dan Penicillium. Untuk mengelakkan berlakunya serangan kulat tersebut, kita harus memastikan kebersihan bilik penyimpanan tanaman cendawan sentiasa bersih dan bebas dari kotoran.

No comments:

Post a Comment