WEEK 13

Date: 14 December 2018
Activity: Paddy (Introduce two methods of planting paddy)
Venue: Ladang 10B

Information:

Today, penunjuk ajar introduced us to two methods of growing paddy. The first is manual transplanting. Firstly, carefully remove the seedling from the nursery and clean up the excess sludge, besides, cutting off the top of the seedling. Then go to the paddy field and carefully insert the seedling into the paddy field in an orderly manner. Each person only take 3 seedlings to be planted in the sludge. We can use the kuku kambing to help us plant the seedling. The second is paddy transplanter. Be prepared before using the paddy trans planter. Check the overall structure and function of the paddy transplanter. All items are in compliance with the standards. When the items are ready, prepare the pieces. First, roll the bracts in the seedling tray. Quickly place it on the transplanter box, remember that the bracts should be neat and leave no gaps. Finally, start using the rice transplanter. The left side of the rice transplanter should be aligned with the seedlings after planting. Keep it straight. Clean the rice transplanter in time after use.

                 
                 Manually pluck the paddy seedling.            Clean the roots of the paddy seedling from soil.

     
                                       
                               Kuku kambing.                     Explanation about the function of rice transplanter.



The back view if the rice transplanter.


Fill in the seedlings at the back of the machine.


Demonstration how the machine works.


Making sure the lines that the paddy seedlings been planted in a straight line.

WEEK 12


Tarikh: 7 Disember 2018
Amali: Penyediaan Tanah Sawah
Tempat: Ladang 10b

Penunjuk Ajar:
1.     Abdul Ghaffar Othman/ Roslin Ismail
2.     Kamarul Zaidi Abd Ghani
3.     Firdaus Kardi
4.     Noor Khamarul Rieza Mohd. Lokman
5.     Nor Baizura Md Yusof
6.     Ruziyana Arsad
7.     Siti Nadhirah Dasar
8.     Nur Syafiza Musa


1.0  Pengenalan

Padi boleh dikelaskan dengan beberapa cara seperti mengikut asal-usulnya seperti Japonica, Indica dan Javanica. Selain daripada itu terdapat juga cara pengelasan berdasarkan kepada jangkamasa matang iaitu daripada menanam hingga mengutip hasilnya.

2.0  Penyediaan Tanah Sawah

Penyediaan tanah sawah dilakukan sementara menunggu anak benih berada di tapak semaian membesar. Di antara tujuan penyediaan tanah sawah ialah:-

  • Untuk mengawal rumpai.
  • Untuk mendapatkan tanah yang gembur dan berlumpur.
  • Untuk membentuk lapisan keras (‘hard pan’) di bahagian bawah tanah.
  • Untuk mencampurkan bahan organan ke dalam tanah untuk meninggikan kesuburannya.
Terdapat dua cara untuk penyediaan tanah sawah padi iaitu secara manual dan menggunakan mesin.

3.1 Penyediaan Tanah Sawah Dengan Menggunakan Mesin

1) Air dimasukkan ke dalam sawah 3-7 hari sebelum tanah dibajak.



2) Pembajakan biasanya menggunakan jentera dua roda dan dilakukan bersama kerja meratakan tanah.



3) Pembajakan dilakukan dua kali dengan selang masa 7-10 hari daripada pembajakan pertama.


3.2 Penyediaan Tanah Sawah Secara Manual

1) Penyediaan tanah sawah secara manual adalah dengan menggunakan tangan ataupun  cangkul untuk mencabut rumpai.

Pelajar menggunakan tangan untuk mencabut rumpai


 Pelajar menggunakan cangkul untuk mencabut rumpai

4.0 Kesimpulan

Penyediaan tanah sawah amatlah penting sebelum menanam anak pokok padi atau menabur bijih benih di petak sawah padi kerana untuk:-

  • Membaiki tekstur tanah.
  • Untuk menambah pengudaraan.
  • Memusnahkan rumpai dan makhluk perosak.
  • Menambah bahan organik dan nutrien ke dalam tanah

WEEK 11

Tarikh amali: 30 November 2018
Amali: Penuaian Jagung
Tempat: Kebun Sayur

Penunjuk ajar:
  1. Abdull Ghaffar Othman / Roslin Ismail
  2. Maininah Tahir
  3. Kamarul Zaidi Abd Ghani
  4. Robi Saad
  5. Zaliza Mahat
  6. Nor Aishah Ismail
  7. Hafidah Yaakop
Pengenalan: 

Amali ini bertujuan untuk mengajar pelajar tentang teknik dan prosedur penuaian jagung yang betul dan efektif. Selain itu, amali ini juga bagi mengajar pelajar proses yang perlu dilakukan setelah jagung dituai. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diajar bagi mengurangkan jumlah tongkol jagung yang rosak setelah dituai sambil dapat mengekalkan kualiti jagung itu sendiri. 


Aktiviti amali yang dijalankan:

Menuai jagung mengikut pokok yang ditanam dan dijaga oleh pelajar.
  • Tiada sebarang alatan digunakan bagi proses penuaian. Pelajar menggunakan tangan mereka sahaja bagi mematahkan jagung daripada pokok.
  • Pelajar perlu berhati-hati agar pokok tidak patah kerana pokok perlu disimpan sehingga 170 hari bagi ia kering untuk jadi benih balik.
  • Usia yang disyorkan bagi pungutan hasil untuk jagung manis perlulah dilakukan diantara 68-72 hari selepas menanam untuk yang rebus dan 90-100 hari bagi yang biji benih.
  • Untuk kelas ini, jagung yang ditanam ialah jenis hybrid iaitu Taiwan Supersweet dan pungutan hasil ini dilakukan selepas  71 hari semenjak ia ditanam pada 28 September 2018. 
  • Jagung manis mula berbunga diantara  42-48 hari selepas ditanam.
Mengira hasil jagung yang didapati oleh setiap pelajar.
  • Hasil yang yang diperolehi berbeza bagi setiap pelajar.
  • Antara puncanya ialah masa untuk pokok pelajar berbunga adalah berbeza disebabkan ada yang berbunga sangat lambat dan ada yang cepat disebabkan oleh teknik dan disiplin pelajar dalam menjaga pokok jagung.
  • Ada juga disebabkan oleh batas runtuh yang menyebabkan pokok agung mereka dibanjiri dan melambatkan proses kematangan pokok.
Pembersihan dan penyamaan saiz jagung.
  • Kotoran yang ada pada permukaan jagung dibersihkan
  • Bahagian lamina iaitu daun jagung yang menutupi jagung itu dibuka sedikit di bahagian tengah sebagai strategi pemasaran.
  • Bahagian atas dan bawah jagung dipotong bagi menyamakan saiz jagung agar nampak lebih kemas untuk dijual.
Pembungkusan jagung.
  • Jagung yang telah disamakan saiz dibungkus dalam beg plastik.
  • Setiap beg plastik mengadungi 5 hingga 6 ketul jagung berdasarkan saiz dan berat jagung.
  • Jagung yang telah dibungkus diserahkan kepada petugas untuk dijual kepada staf TPU.
Aktiviti jamuan membakar jagung antara pelajar.
  • Pelajar juga diberikan kebenaran untuk mengambil beberapa ketul jagung yang telah dituai oleh mereka.
  • Jagung-jagung yang tidak boleh dijual disebabkan tidak mengikut standard yang ditetapkan seperti saiznya kurang atau belum cukup matang juga diberikan kepada pelajar.
  • Sebuah pembakar barbeque bagi membuat jamuan bakar jagung yang disediakan oleh pihak TPU.
  • Jagung-jagung itu kemudiannya dibakar untuk dinikmati oleh pelajar setelah semua aktiviti penuaian selesai.

Carta alir gerak amali:



Gambar aktiviti amali yang dijalankan:

Memotong bahagian atas dan bawah bagi menyamakan saiz jagung.


Jagung-jagung yang baru dituai dikumpulkan.


Jagung bakar semasa jamuan.


Bahagian tengah lamina daun jagung dibuka bagi menarik perhatian pembeli.


Proses pembungkusan jagung yang telah siap.


Jagung diukur bagi proses menyamakan saiz.


Gambaran jagung yang baru dituai.


Kesimpulannya:

Secara keseluruhannya, banyak ilmu yang baru dipelajari melalui amali kami harini. Selain mengetahui cara untuk mengendali penuaian jagung, kami juga diajar cara untuk memasarkan produk jagung ini kepada pembeli. Secara tidak langsung kami juga mendapat sedikit ilmu tentang strategi pemasaran dalam amali ini. Oleh itu, kita mestilah mengetahui teknik yang betul agar dapat mengekalkan kualiti jagung yang dituai, selain kita dapat mengetahui cara-cara yang betul bagi mempromosikan produk jagung di pasaran.

WEEK 10


Tarikh: 23 November 2018
Amali: Padi (Semaian tikar dan semaian basah)
Tempat: Ladang 10B

Penunjuk ajar:

      1.     Abdul Ghaffar Othman/ Roslin Ismail
2.     Kamarul Zaidi Abd Ghani
3.     Firdaus Kardi
4.     Noor Khamarul Rieza Mohd. Lokman
5.     Nor Baizura Md Yusof
6.     Ruziyana Arsad
7.     Siti Nadhirah Dasar
8.     Nur Syafiza Musa

Pengenalan

          Taman padi atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Oryza sativa dari keluarga Graminae (poaceae) merupakan  sumber makanan yang terbesar dan makanan ruji bagi penduduk di negara Malaysia. Padi boleh dikelaskan dengan beberapa cara seperti mengikut asal usulnya iaitu Japonica, Javanica, dan Indica. Terdapat dua jenis semaian iaitu semaian basah dan semaian kering (tikar).

Carta Alir Gerak Kerja Amali

      1.     10g baja organic (jitu) ditabur di dalam dulang.


     2.     300gm sekam padi bakar (arang) di isi ke dalam dulang.


     3.     Siram sekam basah (basahkan)


      4.     250gm benih pra cambah ditabur sekata.


      5.     50gm sekam padi bakar (arang) ditabur menutupi benih padi.


      6.     Siram


       7.     Dulang disusun 5 tingkat . dibiarkan (peram) selama 48 jam disiram dengan air setiap 24 jam.



      8.     Pada hari ke 3 atau 4 hampar semaian dengan cahaya 70%


     9.     Hari ke 5 pindahkan ke sawah.



     10.     Proses penjagaan
     11.     Hari ke 17-20 proses penanaman.

Kesimpulan

  Padi sawah dan padi Huma merupakan antara jenis padi yang ditanam di Malaysia. Namun, sumbangan terhadap negara dalam menghasilkan pengeluaran yang tinggi menyebabkan padi sawah adalah komoditi yang banyak ditanam di Malaysia. Pelbagai kaedah penyelidikan dan pembangunan dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan bekalan beras kepada pengguna mencukupi, bermutu, dan boleh didapati pada harga yang stabil. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan salah satu badan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemajuan industri padi dan beras serta industri berasaskan padi dan beras. Hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun bagi menghasilkan benih padi bermutu, hasil padi yang tinggi dan lebih resisten terhadap penyakit dan perosak merupakan antara kejayaan oleh agensi kerajaan khususnya MARDI ialah padi sawah yang ditanam di Malaysia.

WEEK 9

Tarikh: 9 November 2018
Aktiviti: Cendawan
Tempat: Rumah cendawan, Kompleks Agroteknologi

Pengenalan

    Terdapat kira-kira 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu cendawan tiram kelabu, tiram putih, abalon, shitake, telinga kera, jerami padi, dan butang. Di rumah cendawan yang telah kami kunjungi untuk subjek tanaman ladang ini menghasilkan cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya adalah Pleurotus sajor-caju.

    Cendawan boleh ditanam pada sisa pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, kayu berangan, kayu oak dan akasia, jerami padi, sekam padi dan tandan kosong kelapa sawit. Di rumah cendawan, kompleks agroteknologi kami menggunakan bahan kapur pertanian, habuk kayu getah dan dedak padi.

Cara-cara untuk membuat acuan media tanaman.

Membuat acuan media tanaman bagi cendawan adalah kapur pertanian, habuk kayu dan dedak padi.


1) Memasukkan bahan-bahan ke dalam tong yang telah disediakan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.


2) Kemudian, ketiga-tiga bahan tersebut digaul dengan rata sebelum memasukkan air kedalam acuan tersebut. 


3) Sejumlah air dimasukkan kedalam acuan tersebut supaya ianya menjadi lembap dimana ianya sesuai untuk pertumbuhan cendawan.


4) Setelah sebati, acuan tersebut akan disalurkan ke mesin pembungkusan bagi media tanaman bagi cendawan tersebut.

Pembungkusan

Bahan-bahan tersebut diisi ke dalam beg plastik polyproplene ('pp') berukuran 30sm x 10 x 10sm. Isi beg dipadatkan dengan acuan bahan-bahan tersebut. Selepas dipadatkan penapis pengudaraan dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup serta span.


Bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik 'pp' akan dipadatkan terlebih dahulu.


Setelah dipadatkan, penapis pengudaraan dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup serta span.


Akhir sekali, media tanaman cendawan telah siap dibungkuskan dan bersedia untuk proses seterusnya.

Pengukusan

Pengukusan terhadap beg-beg 'pp' yang telah siap dibungkus akan dikukus selama 4 hingga 6 jam dengan suhu 95 degree celcius hingga 100 degree celcius. Selepas itu, proses penyejukan akan mengambil masa selama 2 malam (48jam) pada suhu bilik iaitu 25 degree celcius hingga 30 degree celcius.

Menyuntik benih

Semasa penyuntikkan benih banyak aspek kebersihan yang perlu dititikberatkan. Antaranya, kebersihan diri dan pakaian, kebersihan bilik suntikan, pastikan tiada habuk atau kotoran dan sembur bilik dengan larutan basmi kuman. 


Benih yang digunakan.

Penyakit dan musuh yang menyerang media cendawan


Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan adalah tikus, lalat (Drosophila), lipas, hama dan nematod. Kulat-kulat yang biasa menyerang ialah Aspergillus, Trichodema dan Penicillium. Untuk mengelakkan berlakunya serangan kulat tersebut, kita harus memastikan kebersihan bilik penyimpanan tanaman cendawan sentiasa bersih dan bebas dari kotoran.